Melaka sasar 20 peratus petani beralih ke pertanian moden

Masa Membaca:57 Saat

TELOK MAS 22 September – Kerajaan Negeri menyasarkan 20 peratus petani di negeri ini beralih kepada pertanian moden menggunakan teknologi Internet f Things (IoT) dalam tempoh lima tahun ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pihaknya bersama agensi berkaitan kini sedang bergerak aktif memberikan pendedahan kepada petani di negeri supaya dapat melakukan transformasi demi menjamin sekuriti makanan negara.

“Sudah semestinya sebaik saya diberi tanggungjawab memegang portfolio ini fokus saya lebih kepada mentransformasikan petani kepada pertanian moden.

“Boleh dikatakan di negeri ini kita sudah bermula tetapi ia masih di peringkat awal yang mana tumpuan utama kita ialah memberi pendedahan kepada petani, peladang dan penternak untuk mengubah cara ke arah teknologi.

“Saya menyasarkan untuk permulaan 20 peratus daripada petani, peladang dan penternak ini akan beralih kepada teknologi baharu dalam tempoh lima tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Gap Peringkat Risda Negeri Melaka Tahun 2022 di Kompleks Komuniti Desa Telok Mas, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah RISDA Negeri Melaka Muhd Khairuddahri Abd Rahman dan Timbalannya, Saiful Zahrin Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1696
Kongsi :
Previous post Melaka angkat semula tanaman getah
Next post Paya Redan, jadi Kampung Pengembangan RISDA – EXCO
Ubah saiz-+=