Melaka sasar 40 peratus pelancong domestik

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 10 Mac. – Pemain industri pelancongan di negeri ini menyasarkan 40 peratus kedatangan pengunjung selepas kerajaan membenarkan pergerakan pelancongan bersasar domestik berkuat kuasa hari ini.

Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA), Madeline Kuah Wey Lee berkata, bagaimanapun pihaknya menyarankan supaya promosi pelancongan yang dilaksanakan turut memberi keistimewaan kepada pengunjung luar.

 

Madeline menyarankan supaya promosi pelancongan yang dilaksanakan turut memberi keistimewaan kepada pengunjung luar.

“Contohnya ‘Melakan Visit Melaka’ yang memberi potongan 50 peratus kepada orang Melaka, sepatutnya ia juga diberikan kepada pelancong luar.

“Bila adanya promosi seperti ini orang luar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang lain akan tertarik untuk datang Melaka,” katanya ketika dihubungi MHI.

Jelasnya, kos untuk menaiki bas atau kenderaan pelancongan agak tinggi berbanding menaiki kenderaan persendirian kerana ia bergantung kepada destinasi yang dituju.

“Kos memang tinggi sikit, bas pelancongan kadar untuk seorang bergantung kepada lokasi yang kita pergi.

“Kalau guna bas pelancongan pun kita tak boleh muat sepenuhnya hanya separuh sahaja, kekangan masih ada mungkin mereka akan ambil 25 ke 28 penumpang sahaja,” katanya lagi.

Semalam, kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP yang lain selepas Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dilapor berkata, keputusan itu selepas mendengar cadangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berhubung pelaksanaan gelembung pergerakan pelancongan bersasar domestik yang terkawal.

Keputusan dibuat selepas penilaian risiko bersama agensi terlibat serta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, pelancong disyaratkan mesti mengunakan perkhidmatan syarikat agensi pelancongan berdaftar dengan MOTAC termasuk pengangkutan dan pergerakan menggunakan kenderaan persendirian tidak dibenarkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

329
Kongsi :
Previous post Langgar motosikal, pemandu lori cedera dipukul
Next post Jangan pentingkan diri bila boleh melancong
Ubah saiz-+=