Jangan pentingkan diri bila boleh melancong

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 10 Mac. – “Walaupun ada kekangan dan syarat berikutan pergerakan pelancongan bersasar domestik, saya rasa ia usaha bagus untuk membantu agensi pelancongan yang terjejas.”

Itu luahan seorang ‘kaki travel’, Muhammad Hasif Mohd Jelani,26, selepas kerajaan membenarkan rentas negeri bagi tujuan pelancongan antara kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menurutnya, sebagai pemuda yang gemar mengembara sudah pasti kebenaran itu memberi peluang untuk meneroka dunia luar khususnya di negeri pelancongan.

“Kita sebagai pengembara juga tidak seharusnya bertindak mementingkan diri sendiri semata-mata atau tidak berpuas hati dengan kekangan atau syarat berkenaan.

“Sebaliknya melihat situasi ini sebagai satu langkah permulaan sebelum dapat mengembara dalam norma baharu yang lebih selamat demi menjamin kesejahteraan semua pihak,” katanya kepada MHI.

SITI Nur Jayhan…pengunjung dinasihati sentiasa patuhi SOP ketika melancong.

Sementara itu, Siti Nur Jayhan Begam, 37, pula berkata, walaupun dibenarkan untuk melancong antara negeri PKPP, namun prosedur operasi standard (SOP) masih perlu diamalkan.

“Untuk yang bujang mungkin ia berita baik yang boleh menggembirakan mereka, namun bagi yang berkeluarga perlu kaji sebaiknya supaya tidak melanggar SOP.

“Saya kalau nak bawa keluarga bercuti mesti lihat dulu pematuhan SOP sebab tak nak ambil risiko, kita perlu ikut contoh di Singapura mereka boleh teruskan kehidupan seperti biasa kerana penduduk di sana sangat mematuhi SOP,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

377
Kongsi :
Previous post Melaka sasar 40 peratus pelancong domestik
Next post 186 pengamal perubatan swasta diberi kuasa kendali kes positif COVID-19
Ubah saiz-+=