Melaka sasar 41,900 Rumah Mampu Milik menjelang 2030

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

SERI NEGERI 6 Mac – Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menyasarkan sebanyak 41,900 rumah mampu milik akan dibina di Melaka dalam tempoh enam tahun lagi.

Pengarah Eksekutif LPM, Datuk Tpr. Murad Husin berkata, Dasar Perumahan Negeri Melaka menetapkan 50 peratus komponen Rumah Mampu Milik dibina bagi projek berkeluasan melebihi 4.05 hektar (10 ekar).

Katanya, itu, sekali gus mampu mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang tahun 2030.

“Dasar baharu yang diketengahkan Kerajaan Negeri adalah bertujuan untuk memastikan pembangunan baharu ini dipatuhi yang mana dengan adanya dasar ini kita akan mencapai sasaran untuk meningkatkan unit rumah Mampu Milik dibina di Melaka menjelang 2030.

“Bahkan sasaran yang ditetapkan itu adalah 88 peratus daripada keseluruhan yang kita tumpukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) Di Antara Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan Anjuran Lagenda Sdn Bhd di Mukim Paya Rumput Daerah Melaka Tengah bertempat di Bilik Tun Bijasura, di sini, semalam.

Majlis menandatangani perjanjian itu telah disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Pegawai Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Abd Aziz Engan; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh dan Pengarah Urusan Anjuran Lagenda Sdn Bhd Tee Kai Loon.

TPr. Murad berkata, sejak dasar baharu itu diperkenalkan Kerajaan Negeri menerima respon positif daripada pihak pemaju untuk membangunkan projek perumahan di Melaka.

“Secara umumnya kita telah pun menerima banyak permohonan baharu dan setakat ini mereka tiada halangan dalam dasar yang ditetapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

565
Kongsi :
Previous post SUKMA XXI: Melaka sasar 20 emas, hantar 709 kontinjen
Next post Panggung Bangsawan Melaka bakal dibuka semula
Ubah saiz-+=