Melaka sasar bawa masuk pelaburan setengah bilion – KM

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDARAYA MELAKA 20 Mei – Melaka dijangka menerima tambahan pelaburan sebanyak RM500 juta hasil penyertaan Forum Perniagaan Sarajevo 2022 (SBF 2022) di Bosnia & Herzegovina, berlangsung pada 11 dan 12 Mei lalu.

Berkongsi berita gembira itu Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, setakat ini dua syarikat berpangkalan di Eropah bersetuju untuk menanam modal di negeri ini dengan nilai pelaburan sebanyak RM210 juta.

Sulaiman baru tiba di Melaka semalam, selepas menyertai misi pelaburan di negara Eropah Tenggara itu berkata, sebuah lagi syarikat berpotensi turut menyatakan minat untuk melabur di negeri ini manun ia masih diperingkat rundingan.

“Kita jangkakan mereka berhasrat untuk melabur dengan nilai lebih RM300 juta dan ini memberi peluang besar dalam sektor perindustrian, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

“Tapak operasi bagi dua syarikat berkenaan juga sudah dikenal pasti, pelabur ini menghasilkan bahan kosmetik dan komponen elektronik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Sambutan Ulang Tahun ke-14 Menara Taming Sari (MTS) di Perkarangan MTS, Banda Hilir, di sini, petang tadi.

Hadir sama EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Ketua Pegawai Eksekutif MTS, Azlan Abidin.

Beliau berkata, hasil persidangan disertai banyak peluang pelaburan yang berpotensi untuk dibawa ke Melaka.

“Peluang yang ada digunakan untuk mendedahkan mengenai peluang-peluang pelaburan di Melaka,” katanya.

Sebelum ini misi pelaburan sempena Melaka Week di Expo 2020 Dubai membuahkan hasil membanggakan apabila Kerajaan Negeri Melaka, memeterai tujuh memorandum perjanjian (MoA) dan memorandum persefahaman (MoU) dengan potensi pelaburan serta perniagaan RM6.52 bilion.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1286
Kongsi :
Previous post Usaha kerajaan martabat Bahasa Melayu beri identiti kepada generasi akan datang
Next post Siti Faizah bantu mangsa kemalangan
Ubah saiz-+=