
Siti Faizah bantu mangsa kemalangan
SUNGAI RAMBAI 20 Mei – Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis sempat membantu mangsa kemalangan motosikal di simpang Pokok Sena berhampiran Parit Putat di sini.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari itu, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai cedera selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal lain.
Kejadian itu mendapat perhatian Siti Faizah yang berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.
“Pelajar berkenaan cedera pada kaki kanan dan dihantar ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut, alhamdulillah keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Siti Faizah berkata, ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang ke pejabatnya selepas selesai melakukan tinjauan sekitar Dewan Undangan Negeri itu.
Kemalangan itu turut dikongsi Siti Faizah menerusi laman Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
10 TAHUN HIDUP DALAM RUMAH SEMPIT, AKHIRNYA ADA RUANG UNTUK BERNAFAS
ASAHAN 26 Ogos - Selama kira-kira 10 tahun, rumah kecil yang dihuni Engku Azlinah Tengku Azhar, 40 bersama suami dan...
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
