Melaka sedia adakan ‘townhall’ berkaitan projek M-WEZ

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI, 16 Mac – Sebuah sesi pertemuan atau ‘townhall’ dengan seluruh pihak berkepentingan akan diadakan bagi kerja-kerja penilaian berkaitan projek koridor ekonomi Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sesi itu akan memberi peluang kepada pemegang taruh dan pemegang konsesi mengimbangi segala pandangan berkaitan projek berkenaan sebelum ia diluluskan.

Katanya, kesemua projek di kawasan koridor ini melalui proses kajian Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) meliputi pelbagai kesan sebelum kebenaran merancang diberikan.

“Saya menerima pandangan ini sememangnya beberapa kelulusan maklumat perlu diterima pakai sebelum diluluskan, terutama Jabatan Alam Sekitar termasuk memohon pandangan daripada bantahan awam, ‘stakeholders’.

“Pandangan Ayer Keroh (Kerk Chee Yee) diambil kira untuk mengadakan sesi townhall pada keseluruhan projek M-WEZ sebelum diluluskan.

“Daripada sudut teknikal, saya mengalu-alukan pandangan semua agensi terlibat termasuk pandangan awam supaya perjalanan M-WEZ ini dapat disegerakan dibawah kawal selia perbadanan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) pada hari keempat Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15, di sini, hari ini.

Tambah Ab Rauf, Kerajaan Negeri turut berharap projek M-Wez diangkat sebagai projek nasional.

“Pengiktirafan ini nanti akan memberi ruang kepada pelabur untuk mendapatkan insentif terutama insentif-insentif khas seperti mana-mana pengecualian cukai berkaitan daripada kerajaan Persekutuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1437
Kongsi :
Previous post Wajibkan sistem reban tertutup bagi ladang unggas lebih 10,000 ekor
Next post Melaka cadang 13 tapak baharu rumah PPR – Exco
Ubah saiz-+=