Melaka terima RM8 juta naik taraf infrastruktur di lokasi ‘hotspot’ banjir – KM

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 23 Jun – Kerajaan negeri menerima peruntukan khas berjumlah RM8 juta bagi menjalankan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur di lokasi panas banjir di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, peruntukan khas Perdana Menteri itu akan digunakan bagi menaik taraf sistem perparitan dan kerja-kerja lain berkaitan di 22 ‘hotspot’ utama banjir di negeri ini.

“Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Melaka di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, di Seri Negeri.

“Pada mesyuarat yang sama, saya mewakili Kerajaan Negeri Melaka menerima cek berjumlah RM8 juta di bawah Peruntukan Khas Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri bagi menaik taraf sistem perparitan dan kerja-kerja lain berkaitan di 22 hotspot utama banjir di Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.

Hadir sama EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka; serta Ketua-ketua Jabatan Negeri Melaka.

Dalam pada itu, Sulaiman turut berharap segala perbincangan dan keputusan yang dibuat pada mesyuarat berkenaan bakal memberi impak kepada pembangunan di Melaka demi kesejahteraan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1436
Kongsi :
Previous post Thailand, Malaysia digesa bekerjasama, teroka potensi ekonomi industri kreatif
Next post Terkejut ada selekoh tajam…
Ubah saiz-+=