Sorting by

×

Melaka teroka potensi jadi hab nomad digital utama Asean

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

BANDA HILIR 10 Mac – Melaka sebagai hab digital nomad utama di rantau Asia Tenggara adalah peluang keemasan kepada orang Melaka khususnya pemain industri pelancongan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, inisiatif diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi Program De Rantau itu bakal menarik lebih ramai komuniti ‘digital nomad’ (nomad digital) menjadikan Melaka sebagai pejabat atau rumah kedua mereka.

Sulaiman berkata, peluang itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana pemilihan Melaka untuk pelaksanaan program itu adalah berdasarkan permintaan tinggi dalam kalangan komuniti nomad digital berbanding lokasi lain di Malaysia.

Katanya program tersebut merupakan pemangkin bagi merancakkan sektor pelancongan di bawah inisiatif strategik nasional yang terbaharu iaitu Malaysia Digital.

Lebih membanggakan Melaka adalah negeri keempat selepas Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Kuala Lumpur dipilih bagi pelaksanaan program berkenaan.

“De Rantau ini juga dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan dan mempercepatkan agenda transformasi digital, interaksi, asimilasi dan perkongsian maklumat antara nomad digital dan masyarakat setempat akan lebih meningkat.

“Inilah masa terbaik untuk kita bangkit semula memperkasakan sektor pelancongan Melaka dengan menyajikan sesuatu yang lebih indah dan bermakna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran De Rantau @Melaka di sebuah hotel, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Zaidi Johari, Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin, Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz

“Saya berharap program ini dapat memberi impak yang besar kepada sektor pelancongan Melaka dan membawa sejumlah besar nomad nomad berkunjung dan berada lebih lama di Melaka.

“Saya menggesa pengusaha hotel, penginapan, pengendali destinasi tarikan utama Melaka untuk ambil peluang dengan tingkat perniagaan,” katanya.

APA ITU NOMAD DIGITAL?

Nomad digital adalah iaitu kumpulan orang yang boleh melakukan kerjanya di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa tanpa terikat dengan waktu dan tempat. Untuk menjadi nomad digital anda cuma perlukan dua perkara; komputer riba atau sebarang gajet mudah alih dan akses internet.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2107
Kongsi :
Previous post Tayar terpakai jadi hiasan bernilai
Next post Malaysia jana RM4.8 bilion menerusi 80,000 digital nomad
Ubah saiz-+=