
Melaka umum SOP ibadat korban 28 Jun – KM
AYER KEROH 18 Jun – Prosedur operasi standard (SOP) ibadat korban sempena Aidiladha akan diumumkan selepas tamat Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) 3.0 pada 28 Jun ini.
Ketua Menteri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kerajaan negeri secara umumnya telah menetapkan garis panduan SOP namun perlu diselaraskan dengan peringkat Pusat.
“Kita tunggu 28 hari bulan (Jun), bila fasa PKP 3.0 ini habis, saya akan melihat bagaimana keputusan Majlis Keselamatan Negara di peringkat Pusat.
“Tapi kita (Melaka) dah ada (SOP), cuma ia mesti selaras dengan peringkat Pusat, tunggulah 28 (Jun),” katanya ringkas pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang disiarkan secara langsung dari Seri Negeri di sini hari ini.
Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini.
Views:
Related


Berita Lain
‘BAWANG MELAKA’ BAKAL DIPERKENALKAN
AYER KEROH 25 Julai - Selepas memperkenalkan Beras Melaka dan mengetengahkan Jagung Melaka, Kerajaan Negeri kini menyasarkan untuk menghasilkan Bawang...
MELAKA AGROFEST 2026 BAWA TEMA JAGUNG, 60,000 TONGKOL DIAGIH PERCUMA
AYER KEROH 25 Julai - Sebanyak 60,000 tongkol jagung manis diagihkan secara percuma kepada pengunjung sempena Melaka Agrofest 2026, sekali...
MELAKA WONDERLAND TAWAR PROMOSI MERDEKA, BELI 4 TIKET PERCUMA 1
AYER KEROH 25 Julai - Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan, Melaka Wonderland Theme Park & Resort memperkenalkan Promosi Merdeka dengan tawaran...
SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026 BAKAL GEGAR MELAKA
AYER KEROH 25 Julai - Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 bakal menggegarkan Melaka selama empat hari berturut-turut dengan pelbagai...
31 OGOS: PPSPM SIAP SEDIA TERIMA LONJAKAN PENGUNJUNG
DUYONG 25 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjangkakan antara 5,000 hingga 10,000 pengunjung akan mengambil peluang...
ZOO MELAKA TERUS JADI ‘PELINDUNG’ HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 25 Julai - Zoo Melaka terus memperkukuh komitmennya dalam usaha konservasi Harimau Malaya menerusi penganjuran Sambutan Hari Harimau...
