Melaka United lancar logo baharu

Masa Membaca:55 Saat

BANDAR HILIR 22 Ogos – Majlis Makan Malam dan Pelancaran Logo Baharu Melaka United diadakan di Ballroom Hotel Hatten malam ini menyaksikan satu fenomena baharu logo skuad Hang Tuah itu

Program yang diadakan seawal 7.45 petang tadi dimulakan dengan ketibaan pasukan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) dan terus diiringi ke pentas fotografi seiring menunggu ketibaan tetamu kehormat.

Ketibaan Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Seri Utama (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam diiringi Presiden MUSA Datuk Haji Sulaiman Md Ali dan Penasihat MUSA Datuk Seri Ab Rauf Yusof.

Sejurus sesi fotografi, tetamu kehormat terus diiringi ke dewan utama bagi menjayakan acara pelancaran berkenaan.

Menurut Sulaiman pada ucapannya, pelancaran logo berkenaan mampu menyuntik kemegahan kepada kelab tersebut malah pada sukan tersebut pada masa akan datang.

“Kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada pasukan yang kini dikenali sebagai Melaka United Football Club dengan jutaan penghargaan dan berharap penswastaannya  akan membawa ke tahap membanggakan pada masa akan datang.

“Logo baharu yang direka sendiri oleh penyokong bola sepak negeri ini bermula 5 Ogos lalu telah dipillih dan pemenangnya akan dianugerahkan wang tunai berjumlah RM5, 000 beserta pakej percutian tiga hari dua malam ” katanya

Views:

1336
Kongsi :
Previous post MAIM sedia pelbagai program bantu 8,569 asnaf
Next post Logo Melaka United FC kekal guna tema Pokok Melaka
Ubah saiz-+=