
Melaka United tewas lagi
KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) mencatat kekalahan kedua berturut-turut selepas ditundukkan KL City FC 0-2 di Stadium KLFA Cheras, malam tadi.
Beraksi tanpa beberapa tonggak import, Melaka United ketinggalan seawal minit ke-3 menerusi jaringan Paulo Josue.
Josue sekali lagi meledak gol kedua pada minit ke-30 untuk meletakkan tuan rumah selesa di depan.
Di babak kedua, tidak banyak aksi menarik ditampilkan kedua-dua pasukan sekali gus menyaksikan keputusan 0-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
Selepas menghadapi empat perlawanan, skuad Hang Tuah kini sekadar mengutip satu mata hasil keputusan seri ketika menentang Penang FC.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....
PRN MELAKA: VISI JASMINE PACU KOTA MELAKA LEBIH DINAMIK – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Kota Melaka perlu terus diperkasakan sebagai pusat ekonomi dan pelancongan yang lebih dinamik menerusi pendekatan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA SUNGAI UDANG IDAM KEMUDAHAN SUKAN SELESA, SELAMAT
SUNGAI UDANG 8 November - Padang bola sepak yang lebih sempurna, gelanggang sukan selamat serta penambahan kemudahan riadah antara harapan...

