Melakan Visit Melaka Packages 2.0 diyakini capai sasaran 5.6 juta pelancong

Masa Membaca:2 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 28 Nov – Pelancaran Kempen Melakan Visit Melaka Packages 2.0 dijangka merealisaskan sasaran 5.6 juta pelancong berdasarkan saranan Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNTWO).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri merangka pelbagai inisiatif membabitkan pelbagai organisasi terutama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) serta Zoo Melaka untuk memastikan sasaran itu dicapai.

“Saya yakin, dengan pakej yang ada termasuk pakej 50 peratus serta diskaun penginapan hotel bertaraf lima bintang , saya yakin Melaka boleh mencapai sasaran 5.6 juta.

SULAIMAN ketika melihat lukisan mural di terowong Zoo Melaka, hari ini.

“Menerusi kiraan terdahulu, kita boleh capai lebih tiga juta pelancong, saya anggarkan sekarang kita sudah terima lebih empat juta pelancong.

“Tetapi industri pelancongan terhenti sekejap disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) , namun kita merancakkan pakej menerusi laman sosial seperti Instagram dan sebagainya, tidak mustahil sasaran 5.6 juta pelancong itu tercapai, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Melakan Visit Melaka Packages 2020 2.0 dan Zoo Melaka Tunnel di Zoo Melaka di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut demi merancakkan sektor pelancongan domestik Sulaiman berkata,  kerajaan negeri menyediakan pelbagai inisiatif menerusi kempen tersebut sebagai platform untuk mempromosikan negeri bersejarah itu.

Jelasnya, pakej berkenaan sebenarnya khas buat rakyat Melaka dengan memberi peluang kepada pengunjung melawat tempat-tempat menarik dengan kadar diskaun sehingga 50% berbanding harga biasa.

“Terdapat juga 18 pengusaha produk-produk pelancongan yang turut serta dalam kempen promosi ini, antaranya; Zoo Melaka, Melaka River Cruise, Ghost Museum Melaka, PERZIM, Mini Malaysia, ASEAN Cultural Park dan banyak lagi.

“Sebagai tambahan, hari ini, kita turut melancarkan pakej pelancongan dua hari satu malam di lebih 57 premis penginapan pelancong yang terdiri daripada hotel bertaraf lima hingga tiga bintang; hotel bajet; chalet dan resort serta inap desa dengan diskaun sehingga 30 peratus yang sah sehingga 28 Februari 2021.

“Selain itu, pakej sukan golf di empat buah pusat golf terkemuka di Melaka juga ditawarkan khas buat ‘Golfers’ dengan harga bermula RM98,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Melakan Visit Melaka 2.0 dan Zoo Melaka Tunnel di Zoo Melaka di sini.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata Zoo Melaka Tunnel yang dilancarkan itu diberi nafas baharu dengan lukisan mural hasil kerjasama Universiti Multimedia (MMU).

Ujarnya, menerusi kerjasama itu, kerajaan memperuntukkan RM10,000 yang merangkumi baik pulih kos membaik pulih papan tanda Zoo Melaka Tunnel, kos cat mural, penambahbaikan sudut bergambar serta pembaikan struktur terowong yang pecah.

“Saya yakin, ‘tunnel’ ini bakal menjadi tarikan baharu di Zoo Melaka, sekali gus menjadi pemangkin kepada usaha mempromosi Melaka menggamit dunia,” katanya.

Views:

754
Kongsi :
Previous post Projek Melaka Gateway diteruskan, tak batal – KM
Next post Insentif sektor pertanian tingkat pengeluaran makanan
Ubah saiz-+=