Menara Kebudayaan China – Melaka pertama negara dibangunkan di The Sail Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 56 Saat

AYER KEROH 22 Julai – Satu daripada sembilan menara The Sail Melaka akan dijadikan sebagai Menara Kebudayaan China-Melaka pertama di Malaysia.

Menara dinamakan sebagai ‘Sheng Tai’s Maritime Cultural Tower’ itu dibangunkan Pemaju hartanah, Sheng Tai International Sdn Bhd.

Menurut Pengasas dan Pengerusinya, Datuk Leong Sir Ley berkata, menara berketinggian 61 tingkat dan berkeluasan 350,000 meter persegi itu merangkumi pelbagai industri termasuk seni dan budaya; baba nyonya; fesyen; makanan dan pendidikan.

Katanya, bagi setiap suite boleh mencapai sehingga 2,000 meter persegi yang ditetapkan harga serendah RM500,000.

DATUK Leong Sir Ley.

“Kami cukup teruja untuk membawa menara kebudayaan unik ini kepada pelabur asing dengan China sebagai sasaran pasaran utama.

“China adalah satu daripada pelabur terbesar Sheng Tai International mewakili lebih daripada separuh jualan keseluruhan The Sail Melaka.

“Kami percaya menara kebudayaan itu adalah penting untuk menyambungkan kita dengan pelanggan semasa dan pelanggan China berpotensi, yang belum dapat melawat projek itu disebabkan larangan bergerak semasa pandemik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Menara Budaya Pertama The Sail Melaka menerusi aplikasi Zoom di sini, hari ini yang turut dihadiri Duta Khas Melaka ke China merangkap Naib Pengerusi Jonker Walk, Datuk Gan Tian Loo.

Sir Ley berkata, projek pembangunan bagi menara kebudayaan itu kini dalam proses pembinaan yang sudah mencapai 80 peratus.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan situasi negara yang masih berdepan cabaran menangani pandemik COVID-19, pembangunan itu terhenti seketika.

ZOOM Meeting pelancaran Menara Kebudayaan China-Melaka, The Sail Melaka yang dihadiri Sir Ley dan Tian Loo (bawah, kanan).

“Dengan melihat situasi semasa pandemik, sudah tentu ia memberi kesan terhadap pembangunan projek berkenaan dan saya tidak dapat memberikan gambaran waktu sebenar projek berkenaan akan disiapkan.

“Apabila tidak dibenarkan beroperasi (bagi sektor pembinaan) kita perlu akur, namun apabila dibenarkan kita akan teruskan dan apa yang boleh dikatakan projek itu masih dalam proses disiapkan mengikut fasa,” katanya.

Untuk rekod, projek mega The Sail merangkumi sembilan menara, setiap satu terdiri daripada 61 tingkat mengandungi 3,259 unit kondotel mewah; tiga menara hotel lima dan enam bintang berjumlah 2,584 unit.

Projek mega itu turut merangkumi, 215 unit suite bisnes selain dataran kebudayaan berkeluasan 36,2938 kaki persegi yang menempatkan 65 unit kedai mengadap Selat Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2498
Kongsi :
Previous post Sulaiman mahu perkhidmatan awam negeri diperkemas termasuk secara digital
Next post Suami di Pahang, isteri dan kekasih jual dadah di Melaka
Ubah saiz-+=