
MENARA TAMING SARI BAKAL PERKENAL MASKOT BAHARU
BANDA HILIR 20 April – Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) mengorak langkah memperkukuh jenama Menara Taming Sari dengan memperkenalkan maskot baharu sebagai simbol transformasi tarikan pelancongan ikonik itu.
Ketua Pegawai Eksekutif MTSB Nur Azan Hassan berkata, inisiatif itu bukan sekadar perubahan namun ia mencerminkan kematangan selepas 18 tahun beroperasi.
Katanya, maskot lama yang sinonim dengan warna putih dan kelabu bakal digantikan dengan rekaan lebih segar, ceria dan membawa karakter Menara Taming Sari.
“Maskot baharu ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat yang mana pengenalan maskot baharu ini akan menjadi elemen penting dalam strategi memperkukuh daya tarikan MTSB sebagai destinasi pelancongan pilihan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pelancongan: Meriahnya Beraya! di Dataran Muzium Kesultanan Melaka, di sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Nur Azan berkata, pengenalan maskot baharu ini bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-18 Menara Taming Sari pada tanggal 18 April.
“Dalam masa terdekat, MTSB akan mengumumkan pelbagai promosi serta diskaun menarik sebagai pendekatan untuk menggamit lebih ramai pelancong merasai keunikan menara ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PERSAINGAN SIHAT, POLITIK MATANG JADI LANDASAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 4 November – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang memasuki hari kelima berlangsung dalam suasana politik...
PRN MELAKA: ‘BIRUKAN PANTAI KUNDOR’, PAS ZAHIR SOKONGAN BUAT TUMINAH
PANTAI KUNDOR 4 November - Kesepakatan antara jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS di peringkat akar umbi terus diperkukuh menerusi...
PRN MELAKA: GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT BUKAN RETORIK DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 4 November - Gagasan 'Melaka Sayang Rakyat' (MeSRa) bukan sekadar slogan, sebaliknya diterjemahkan menerusi penyaluran pelbagai bantuan kebajikan...
PRN MELAKA: CUACA PANAS TIDAK HALANG YB ALONG SANTUNI PENGUNDI ASAHAN
ASAHAN 4 November - Bahang akibat cuaca panas terutama pada waktu pagi dan tengah hari antara cabaran yang perlu dihadapi...
UNIMEL LAKSANA TIGA INISIATIF STRATEGIK TINGKAT KUALITI PENDIDIKAN ANAK MELAKA
KUALA LINGGI 4 November - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menggunakan kepakaran yang dimiliki bagi melaksanakan Program Persekitaran Sekolah Selamat Melaka...
MANGSA POKOK TUMBANG DAPAT PERHATIAN ACIK ZUL
TABOH NANING 4 Oktober - Kejadian pokok tumbang menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan sebuah kediaman di Kampung Taboh Naning, di...
