‘Menelusuri Warisan, Mengembalikan Kegemilangan’ tema Bajet 2024 Negeri Melaka

Masa Membaca:49 Saat

SERI NEGERI 27 November – ‘Menelusuri Warisan, Mengembalikan Kegemilangan diangkat sebagai tema Bajet 2024 Negeri Melaka. 

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tema itu dipilih sebagai usaha mengembalikan kegemilangan Negeri Melaka seperti suatu masa dahulu. 

Ab Rauf berkata, dalam merancang keperluan Bajet 2024 Negeri Melaka, Kerajaan Negeri bakal melaksanakan inisiatif secara komprehensif dan inklusif menerusi tiga agenda utama. 

Tiga agenda itu ialah Pembangunan Ekonomi Yang Komprehensif dan Mampan; Kesaksamaan Sosial Demi Kesejahteraan Rakyat dan Peningkatan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Jelas Ketua Menteri, bajet kali ini turut dicatatkan sebagai belanjawan lebihan (surplus) dengan memperuntukkan perbelanjaan mengurus berjumlah RM479.5 juta dan jangkaan kutipan hasil RM479.6 juta. 

Ab Rauf dalam ucapan pembentangannya pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas berkata, perbelanjaan mengurus itu merangkumi RM14.8 juta membawa maksud tanggungan dan RM464.7 juta bagi maksud bekalan. 

Menurut beliau, sejumlah RM85 juta pula diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

811
Kongsi :
Previous post Salur bantuan khairat kematian ikut kriteria tertentu
Next post Melaka tidak perlu import bekalan ayam – Exco
Ubah saiz-+=