
MetMalaysia keluar nasihat Lekukan Tropika
KOTA KINABALU, 31 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (b) pada 9.20 pagi yang dikesan berlaku pada latitud 19.0 utara dan longitud 112.2 timur, kira-kira 235 kilometer ke timur laut Hainan, China.
Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memberitahu ribut itu bergerak ke arah utara dengan kelajuan tiga kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.
Menurut kenyataan itu lagi jarak Lekukan Tropika (b) dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,437 kilometer ke barat laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia memaklumkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia setakat ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN BERADIK YATIM PIATU, MAIM PASTIKAN KEBAJIKAN TERJAMIN
JASIN 27 Ogos - Nasib sembilan beradik yatim piatu mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang tampil memastikan kebajikan...
KETUA FOTO, WARTAWAN MHI TERIMA PINGAT JASA KEBAKTIAN
SERI NEGERI 26 Ogos - Ketua Unit Fotografi Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd, Iqmal Haqim Rosman dan wartawan MHI...
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG AMBULANS
JASIN 26 Ogos - Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans swasta di...
PPSPM SEDIA 33 BOT, SASAR 10,000 PENGUNJUNG 31 OGOS INI
SERI NEGERI 26 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyediakan 33 buah bot bagi menampung sasaran 10,000...
AYDA JEBAT SEDIA JADI ‘DUTA’ PROMOSI MELAKA MELALUI KARYA SENI
SERI NEGERI 26 Ogos - Pengiktirafan yang diterima daripada Kerajaan Negeri Melaka terus menyuntik semangat kepada penyanyi dan pelakon popular,...
SUKMA: 21 PINGAT EMAS BUKTI ATLET MELAKA SEMAKIN ‘MENYALA’
SERI NEGERI 26 Ogos - Kejayaan kontinjen Melaka meraih 21 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 membuktikan prestasi...
