MHI dekat di hati Tun Mohd Ali

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

 

AYER KEROH 11 Jun – Prestasi yang cemerlang sebagai pemimpin negeri sehingga Melaka diiktiraf sebagai negeri maju, selain keperibadian yang mesra rakyat membuatkan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam disayangi rakyat.

Berpeluang mendekati beliau dengan lebih rapat sejurus mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Ke-7 baru-baru ini memberi pengalaman berharga dalam diri penulis.

Tidak menunggu lama untuk melihat sendiri kelibat beliau, Mohd Ali keluar dari pintu kediamannya dan terus menyapa tetamu yang sabar menunggu untuk mengucapkan tahniah kepada beliau.

“MHI (Melaka Hari Ini) mana? Hendak ambil gambar kan? Mari sini…” Itu antara ungkapan pertama yang keluar dari pemimpin tertinggi negeri itu membuatkan penulis terpana.

Ternyata Melaka Hari Ini (MHI) sangat dekat di hati beliau.

Ini kerana ketika menjawat jawatan Ketua Menteri, Mohd Ali sendiri telah mengilhamkan nama MHI sebagai wadah penyampai maklumat kepada rakyat negeri ini.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad berkata, idea untuk MHI itu lahir daripada Mohd Ali sendiri yang mahu membawa akhbar milik kerajaan negeri itu ke arah pendigitalan selaras dengan Melaka Maju 2011.

“Saya dan Mohd Ali, sama-sama memperbaharui lesen MHI (sebelum ini Mingguan Melaka) dan beliau yang beri nama (MHI), pada ketika itu tahun 2008.

“Akhbar itu diterbitkan setiap hari,” katanya ketika ditemui di kediaman Mohd Ali di Bukit Katil, di sini.

Othman berkata, meskipun tidak lagi memegang jawatan Ketua Menteri, Mohd Ali sentiasa dihormati dan disenangi rakyat.

“Beliau anak Melaka, apabila dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri, saya pasti beliau mampu menyesuaikan diri (dengan perlantikan jawatan baru).

“Semua orang di Melaka sayangkan beliau,” katanya.

Views:

2420
Kongsi :
Previous post All Syariah Courts back in operation since yesterday
Next post SSM kecualikan kompaun kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan dalam tempoh PKP
Ubah saiz-+=