
SSM kecualikan kompaun kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan dalam tempoh PKP
KUALA LUMPUR 11 Jun — Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengecualikan kompaun ke atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan yang tamat tempoh pada 17 Mac, 2020 sehingga 30 Jun, 2020 bagi meringankan beban kewangan pemilik perniagaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Menurut SSM, pengecualian kompaun itu akan memberi manfaat kepada 270,000 pemilik perniagaan yang memiliki perniagaan yang tamat tempoh semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Seksyen 12(1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan (APP) 1956 menetapkan bahawa adalah satu kesalahan apabila seseorang meneruskan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut SSM dalam kenyataan hari ini.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau e-mel ke [email protected].
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
YB RAIS DENGAR DENYUT NADI PENIAGA PASAR MALAM
PAYA RUMPUT 12 Februari - Program Walkabout tiga pasar malam utama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara...
NOSTALGIA TIGA DEKAD, PASAR MALAM TAMAN BERTAM JAYA TERUS ‘HIDUP’
PAYA RUMPUT 11 Februari - Pasar Malam Taman Bertam Jaya yang beroperasi hampir 30 tahun di tapak lokasi yang sama...
MBMB PANTAU ISU PARKIR BAZAR AIDILFITRI
AYER KEROH 9 Februari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mempertingkat pemantauan pengurusan parkir kenderaan di kawasan Bazar Aidilfitri...
BAP: PELUANG PMKS MELAKA KEMBANG PERNIAGAAN DENGAN PEMBIAYAAN SEHINGGA RM400,000
AYER KEROH 31 Januari - Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) digalakkan merebut peluang apabila Program Business Accelerator Programme (BAP)...
DULU SURI RUMAH, KINI PEMBUAT BATIK
MACHAP JAYA 23 Januari - Bermula dengan hanya 'langkah kecil' meluangkan masa kira-kira seminggu mempelajari pembuatan batik, sekumpulan suri rumah...
RANCAKKAN PROMOSI, BANTU CENDERAMATA MELAKA TERUS ‘HIDUP’
BANDA HILIR 18 Januari - Peniaga cenderamata di Bazar Kraftangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Dataran Pahlawan berharap agar Kerajaan...


