MIDA, Invest Melaka seiring tarik kedatangan pelabur

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

AYER KEROH 24 Sept. – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) seiring dengan Invest Melaka Bhd dalam usaha memberi keyakinan menarik para pelabur untuk datang ke Melaka.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Promosi Pelaburan dan Fasilitasi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), S. Sivasuriyamoorthy berkata, malah ia akan memperkukuhkan lagi keinginan pelabur untuk mengetahui apakah peranan kerajaan negeri itu sendiri.

“Peranan mereka (Invest Melaka) untuk galakkan dan memberi keyakinan kepada para pelabur yang datang ke Melaka bahawa kita sentiasa mengalu-alukan pelabur datang ke negeri ini.

“MIDA Melaka memainkan peranan untuk mudahkan projek-projek yang dibawa masuk oleh pejabat MIDA dan juga MIDA dari luar negara, jadi peranan dan tugas mereka adalah untuk bekerjasama dengan agensi yang berada di Melaka.

“Jadi saya tidak berpendapat ia bertindih, malah akan memperkuatkan lagi keutamaan kita apabila kita berjumpa dengan pelabur sebab pelabur pun ingin tahu apakah peranan kerajaan negeri.

“Pelabur lebih suka berjumpa dengan agensi penggalakkan, dengan adanya sokongan dari kerajaan negeri ia akan menggalakkan lebih banyak pelaburan masuk ke dalam negeri,” katanya.

Sivasuriyamoorthy.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual Melaka Hari Ini (MHI) di Pejabat MHI di sini, hari ini.

Jelasnya, kerjasama dengan Invest Melaka bukan sahaja dapat menarik pelaburan baharu, malah memastikan para pelabur sedia ada terus perkembangkan operasi mereka.

“Invest Melaka boleh bersama MIDA negeri mendapatkan pandangan apakah isu yang dihadapi dan apakah rancangan jangka panjang mereka seterusnya memudah cara untuk menambah pelaburan di negeri ini.

“Ini kerana di Melaka terdadat banyak kluster-kluster ekonomi yang bagus seperti makanan, elektrikal dan elektronik, logam, minyak dan gas serta banyak lagi.

“Melaka seharusnya menggunakan kelebihan ini untuk bersaing menarik pelaburan baharu sebab ada negeri-negeri yang kurang kluster ekonomi seperti Melaka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata MIDA mempunyai lebih 20 pejabat di luar negara yang mana tiga di Amerika Syarikat, enam di Eropah dan lain-lain di Jepun, Korea, China serta Singapura.

“Jadi tugas kita adalah untuk memaklumkan kelebihan Malaysia dan menarik pelaburan asing masuk.

“Tapi bila pelaburan datang ke Malaysia kita juga memerlukan sokongan sepenuhnya daripada kerajaan negeri masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1140
Kongsi :
Previous post Pelaburan Melaka catat trend peningkatan setiap tahun – MIDA
Next post UTeM jangka 6,000 penuntut kembali kampus pada Oktober
Ubah saiz-+=