MISDEC bimbing lepasan tahfiz bina kerjaya dalam industri halal

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BATU BERENDAM 13 April – Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) memperkenalkan program baharu bagi memberi peluang kepada para huffaz lepasan tahfiz membina kerjaya dalam sektor industri halal.

Pengarah Eksekutifnya, Haiqal Syukri Jantan berkata menerusi program Halal Apprentice Program (HAP), para pelatih akan mengikuti kursus selama enam bulan secara percuma sebelum menerima sijil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) .

“Menerusi program ini kita membantu daripada segi menyediakan krew, pembangunan dan penyediaan makanan untuk hotel-hotel. Program ini dibawah Halal Development Corporation (HDC) dan juga mendapat pengiktirafan daripada JPK.

“Mereka akan belajar selama enam bulan di sini, InsyaAllah kita akan sediakan kelengkapan dan insentif yang baik selain mencari peluang pekerjaan untuk mereka.

“Jadi bila tamat kursus mereka akan mendapat sijil SKM modeller di bawah JPK. Jadi mereka boleh mencari pekerjaan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di pejabatnya, di MISDEC di sini, 12 April lalu.

Ujarnya, setakat ini pihaknya menerima seramai 50 kemasukan peserta bagi sesi ketiga dan bakal melahirkan hingga 25 tenaga kerja yang sedia berkhidmat di bawah industri tersebut.

“Kita juga akan memperkenalkan kursus Halal Technical Expert (HTech) dalam usaha memantapkan lagi sektor halal terutama bagi industri perhotelan di negeri ini.

“HTech ini program untuk hasilkan seorang pelajar yang kompeten untuk bekerja di restoran, hotel lima bintang, bekerja di industri yang melibatkan halal, farmasi dan pelancongan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2501
Kongsi :
Previous post JKN Perak siasat gumpal rambut dalam tepung pelita
Next post Cederakan isteri dengan rotan: Pemilik restoran dipenjara 10 tahun
Ubah saiz-+=