Misi lahirkan lebih ramai usahawan perikanan

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 26 Ogos – Karnival Usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) dan myKomuniti Perikanan (myKP) peringkat Zon Selatan Tahun 2023 menghimpunkan 20 usahawan perikanan dari tiga buah negeri.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, ia membabitkan seramai 10 usahawan perikanan dari Melaka dan masing-masing lima dari Johor serta Negeri Sembilan.

Katanya, objektif karnival tersebut adalah sebagai usaha dalam meningkatkan daya tahan dan daya saing dalam sektor perikanan, selain melahirkan lebih ramai usahawan tempatan.

“Pada karnival ini peserta diberi pendedahan mengenai pasaran produk, memberi peluang pendedahan ilmu, bertukar ilmu dan seterusnya menggalakkan permintaan serta memberi peluang kepada mereka untuk memperluaskan lagi pasaran produk melalui pameran dan promosi rasa produk.

“Diharapkan juga karnival ini bakal mewujudkan lebih ramai lagi usahawan perikanan yang mempunyai daya tahan dan saing dalam sektor perikanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Karnival Usahawan myAP dan myKP Zon Selatan Tahun 2023 di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia Wan Muhammad Aznan Abdullah dan Pengarah Perikanan Melaka, Mohd Fauzi Salehon.

IMG_20230826_194045_376
KETUA Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussin. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, Adnan berkata platform karnival tersebut mampu membangunkan industri perikanan selaras dengan dasar kerajaan sedia ada.

“Karnival ini dapat mendorong usahawan perikanan yang berjaya supaya dapat membantu pula usahawan baharu dan pengusaha kecil dalam bidang perikanan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1620
Kongsi :
Previous post 15 penternak akuakultur Melaka terima bantuan RM425,060
Next post Melaka giat ternak ‘kerang padu’, ‘kupang manis’
Ubah saiz-+=