MITI pertimbang insentif buat sektor perkilangan dan pembuatan

Masa Membaca:57 Saat

PENGKALAN BATU 18 Julai – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedia mempertimbangkan insentif untuk membantu mengembangkan sektor perkilangan dan pembuatan di negara ini.

Katanya, melalui lawatan ke Kilang Texas Instruments Electronics Sdn Bhd di Batu Berendam hari ini,  pihaknya dimaklumkan mengenai cadangan untuk membesarkan kilang terbabit dan menambah pelaburan yang lebih besar.

Justeru, pihaknya bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kerajaan Negeri Melaka berhubungan bantuan yang boleh disalurkan.

“Perbincangan melibatkan kerajaan negeri sangat diperlukan memandangkan ada beberapa perkara membabitkan bidang kuasa kerajaan negeri untuk membantu sektor ini.

“Kita difahamkan, kerajaan negeri sedia memberi jaminan untuk membantu pelaburan ini direalisasikan, dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang positif bukan sahaja untuk negeri, tetapi juga negara. Pada masa sama memberi jaminan pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke dua buah kilang iaitu Dominant Opto Technologies Sdn Bhd dan Texas Instruments Electronics Sdn Bhd di Batu Berendam, di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri MITI, Senator Datuk Lim Ban Hong.

Dalam lawatan tersebut, Mohamed Azmin menzahirkan rasa bangga melihat keupayaan syarikat-syarikat tempatan yang kini mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Views:

603
Kongsi :
Previous post Malaysia bakal jadi destinasi pilihan pelabur tahun depan
Next post PDRM mohon kerajaan naikkan elaun perumahan
Ubah saiz-+=