
Modul silang budaya tarikan Kem Kami Anak Malaysia
MACHAP JAYA 27 Oktober – Selain memperkasa penghayatan prinsip Rukun Negara, Program Kem Kami Anak Malaysia menjadi medan mengeratkan hubungan antara kaum menerusi modul silang budaya yang diatur.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka, Intan Suhana Yusuff berkata, menerusi program itu peserta didedahkan dengan budaya dan hidangan tradisional kaum yang ada di Melaka.

“Buat pertama kali kami melaksanakan modul silang budaya agar peserta dapat mengenali, memahami dan menghormati budaya kaum lain. Antara yang menarik adalah peserta diajar makan menggunakan ‘chopstick, hidangan pula diletakkan dalam daun pisang.
“Mereka juga dipertontonkan dengan cara penyediaan menu Portugis dan Baba Nyonya. Kita mahu pelajar mendapat impak dan merasai ‘moment of unity’, meskipun tidak lama tetapi akan menjadi ingatan sampai bila-bila,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kem Anak Malaysia Peringkat Negeri Melaka diadakan di Kem Wawasan Negara Alor Gajah, di sini, semalam.
Program tiga hari dua malam itu membabitkan 80 peserta pelbagai bangsa yang mewakili 20 sekolah seluruh Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK-ANAK AUTISME ‘CABAR DIRI’ NAIK PERKHIDMATAN AWAM
AYER KEROH 19 Ogos - Seramai 13 kanak-kanak autisme diberi pendedahan berhubung cara menggunakan perkhidmatan awam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)...
PEMBINAAN JAMBATAN STULANG DAENG-PULAU GADONG BERMULA SEPTEMBER
KLEBANG 19 Ogos - Kerja pembinaan Jambatan Stulang Daeng-Pulau Gadong dijangka dimulakan awal September depan, dengan proses awal pengalihan utiliti dan...
AMBANG MERDEKA SEMARAKKAN WRUR TABOH NANING
AYER KEROH 19 Ogos - Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini bakal menjadi antara pengisian menarik memeriahkan pelaksanaan Program...
KIBARAN JALUR GEMILANG MERIAHKAN BOLING KRT ALOR GAJAH
AYER KEROH 19 Ogos - Gelanggang boling bukan sekadar menjadi medan persaingan sihat, malah dimanfaatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Alor...
NURUL SYASYA HADIAHKAN EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Atlet angkat berat Melaka, Nurul Syasya Khairina Syamsur menebus kekecewaan pada edisi terdahulu apabila berjaya...
PPSPM SASAR PERTANDINGAN RC POWER BOAT 2027 LEBIH MERIAH
AYER KEROH 18 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang untuk menganjurkan pertandingan Remote Control (RC) Power...
