
Mohd Redzuan bebas COVID-19
AYER KEROH 15 Jan. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan kali kedua semalam.
Menurut kenyataan pejabat kementerian berkenaan, keputusan itu sekali gus menyaksikan Pelaksanaan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) yang dijalaninya sebelum ini ditamatkan pada hari ini.
“Mohd Redzuan disahkan negatif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pagi ini. Beliau telah menjalani dua kali saringan dan menjalani HSO.
“Untuk makluman, KKM sudah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 bagi
sampel kedua ke atas beliau pada 14 Januari (semalam) dan disahkan negatif pada hari ini.
“Kedua-dua ujian pengesanan COVID-19 beliau sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif dan tempoh HSO beliau tamat pada hari ini,” katanya kenyataan tersebut.
Terdahulu, Mohd Redzuan diarah menjalani ujian saringan COVID-19 selepas didapati menjadi kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang positif virus itu.
Keputusan ujian saringan pertamanya pada Isnin bagaimanapun disahkan negatif COVID-19 dan perlu menjalani HSO.
Views:
Related


Berita Lain
PENYERTAAN KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA MENINGKAT SETIAP TAHUN
DURIAN TUNGGAL 10 Ogos - Penganjuran Karnival Minggu Sains Negara semakin menjadi perhatian apabila jumlah penyertaan yang direkodkan pada setiap...
MIHF’26 BANTU 8 USAHAWAN MAIM ‘NAIK KELAS’
AYER KEROH 10 Ogos - Melaka International Halal Festival 2026 (MIHF'26) menjadi platform lapan usahawan asnaf bimbingan zakat Majlis Agama...
EMPAT BULAN TERAKHIR 2026, KINI MASA BUKTIKAN HASIL – KM
AYER KEROH 10 Ogos - Empat bulan terakhir sebelum 2026 melabuhkan tirainya perlu dimanfaatkan seluruh jentera pentadbiran negeri dan penjawat...
PENGANJURAN WTD, WTC 2025 UKIR KENANGAN ISTIMEWA – AZHAR
AYER KEROH 10 Ogos - Kejayaan Melaka menganjurkan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 menjadi antara...
KIBARKAN JALUR GEMILANG, WARNAI SELURUH MELAKA – KM
AYER KEROH 10 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyeru seluruh rakyat Melaka mengibarkan Jalur Gemilang...
TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD
AYER KEROH 10 Ogos – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman...
