
Mohd Redzuan negatif COVID-19
AYER KEROH 12 Jan. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof disahkan negatif COVID-19 menerusi keputusan ujian saringan, semalam.
Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 selepas mengetahui dirinya adalah kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Justeru beliau menasihati mana-mana pihak yang mempunyai kontak rapat dengan dirinya agar tidak panik dan kekal tenang.
“Saya juga nasihatkan semua kontak rapat kepada invidividu yang disahkan positif untuk membuat ujian saringan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dengan mengamalkan 3W (dan mengelakkan 3S/3C seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mengesahkan semua ahli Jemaah Menteri perlu menjalani ujian COVID-19.
Ia susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19, Sabtu lalu.
Dalam perkembangan lain, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun juga disahkan positif COVID-19, selepas menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Putrajaya pagi semalam.
Views:
Related


Berita Lain
‘KALAU JEMPUT DIA TAK NAK, TAK APA..KALAU DIA DATANG, KITA BERUNDING’
AYER KEROH 1 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka menghormati pendirian mana-mana parti termasuk Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama politik...
PRN MELAKA: RUNDINGAN RAKAN STRATEGIK BN DITUNDA
AYER KEROH 1 Oktober - Rundingan Barisan Nasional (BN) Melaka dengan parti yang berpotensi menjadi rakan strategik bagi menghadapi Pilihan...
BN MELAKA SEDIA HADAPI 1,001 KEMUNGKINAN DI 28 DUN
AYER KEROH 1 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka bersedia menghadapi ‘1,001 kemungkinan’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal...
TOK RAUF BERKHIDMAT SEPENUH HATI: PIMPIN MELAKA, JAGA TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 30 September - Menjadi seorang Ketua Menteri dan pada masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara...
LEBIH 31,000 RAKYAT MELAKA TERIMA MANFAAT MESRA KEBAJIKAN
AYER KEROH 30 September – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) menerusi inisiatif...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN TAWAR PENGURANGKAN KOMPAUN, ELAK RAKYAT TERBEBAN TUNGGAKAN
AYER KEROH 30 September - Kebajikan rakyat terus diberikan perhatian menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan merangkumi usaha...
