
MOTAC atur latihan SOP baharu umrah
KUALA LUMPUR, 10 Feb – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang mengatur sesi latihan tenaga pengajar (ToT) mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu umrah kepada semua syarikat pengendali ibadah itu di bawahnya.
MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata, sesi yang akan diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan itu, adalah bagi membolehkan syarikat terlibat memberi taklimat dan penerangan kepada jemaah terutama berkaitan tiga SOP baharu berhubung aktiviti umrah bermula 14 Feb ini.
SOP baharu itu antaranya menghendaki syarikat pengendali melantik orang yang dipertanggungjawabkan (PIC) sekiranya mempunyai 40 orang jemaah dan ke atas, serta menetapkan PIC menguruskan jemaah di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia jika kumpulan mempunyai kurang daripada 40 orang jemaah.
Kerajaan juga mewajibkan jemaah mengambil dos penggalak dan membenarkan mereka menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa perlu memohon kelulusan Permohonan Kuarantin Di Rumah (HQA).
Perjalanan mengerjakan umrah sebelum ini ditangguhkan selama sebulan berkuat kuasa pada 8 Jan lepas berikutan penularan jangkitan varian Omicron.
Umat Islam dibenarkan untuk menjalani ibadah itu semula bermula Selasa lepas (8 Feb).- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
