MOTAC sasar RM120.4 billion pendapatan hasil daripada sektor pelancongan

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

AYER LIMAU 19 Januari – Kerajaan menjangkakan sebanyak RM120.4 billion pendapatan diperolehi daripada sektor pelancongan dari seluruh negara tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Saraya Arbi berkata pihaknya yakin sasaran itu mampu dikutip dalam industri itu berikutan sektor pelancongan menyumbang antara enam hingga 15 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sepanjang tahun 2019 hingga 2022.

“Sektor ini direkodkan meningkat sejak negara berdepan dengan fasa endemik pada bulan April tahun lalu .

“Pada tahun ini bagi pelancongan antarabangsa kerajaan menjangkakan sebanyak 15.6 juta pelancong akan datang ke negara ini dan akan membawa pulangan pendapatan negara sebanyak RM47.6 billon.

“Manakala, bagi pelancongan domestik sebanyak 182 juta pelancong direkodkan dari seluruh negara dan akan membawa pulangan kepada negara dengan RM72.8 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Ekotourism Paya Lebar diadakan di Jeti Nelayan Paya Lebar, di sini hari ini.

Terdahulu dalam program diadakan itu, sesi pertukaran dan penyerahan sijil diadakan menyaksikan Saraya dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Tpr. Saifuddin Abdul Karim melaksanakan sesi menandatangani sijil selepas program terbabit.

Majlis berkenaan turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri (Pembangunan), Badaruddin Mohd Kassim.

Mengulas lanjut, Saraya berkata, sektor pelancongan direkodkan mencatat perkembangan positif di negara ini susulan negara dalam fasa pemulihan, dan perkara itu sekali gus menjadi tunjang dalam memperkasa ekonomi negara.

Jelasnya, pendapatan negara ketika menerima kedatangan pelancong pada tahun 2019 mencatatkan lebih kurang RM189.1 billion dan industri pelancongan tetap merekodkan pendapatan memberangsangkan pada tahun selepasnya apabila pelancongan domestik menjadi penyumbang utama ketika negara berdepan dengan krisis pandemik COVID-19.

“Pada 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak RM53.9 billion direkodkan dalam sektor pelancongan negara manakala pada 2021 pula sebanyak RM18.6 billion direkodkan sepanjang tahun itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1598
Kongsi :
Previous post PM Anwar beri jaminan Kerajaan Perpaduan tidak pinggir masyarakat minoriti
Next post SWM Kasih Misi Sampul Merah, ceriakan anak autisme
Ubah saiz-+=