MPHTJ anjur empat program sempena ulang tahun ke-13

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 16 Disember – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menganjurkan empat program bersempena Sambutan Hari Perbandaran Hang Tuah Jaya Ke-13.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman berkata, program itu termasuklah Majlis Apresiasi MPHTJ pada semalam, diikuti Pertandingan Memancing di Tasik Ayer Keroh (17 Disember) dan Kempen Derma Darah di Kompleks Melaka Mall (20 Disember).

Menurutnya, acara kemuncak ulang tahun MPHTJ ialah Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah yang diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh pada 30 Disember ini.

“Saya mewakili pihak pengurusan MPHTJ mengalu-alukan mana-mana pihak agensi, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun perseorangan jika berminat untuk ‘menginfak’ makanan atau minuman ketika Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah pada 30 Disember nanti yang mana segala urusan sumbangan boleh dirujuk terus kepada Jabatan Korporat dan Khidmat Masyarakat MPHTJ.

“Marilah sama-sama kita merancakkan segala bentuk program atau aktiviti yang boleh digabungkan bersama dengan semua agensi, begitu juga para pemimpin dan masyarakat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi MPHTJ 2022 di sebuah hotel, di sini, semalam.

Majlis itu telah dirasmikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan.

Pada majlis itu, MPHTJ turut melantik 10 pempengaruh TikTok di Melaka menjadi duta kecil Kerajaan Negeri dan MPHTJ dalam mempromosikan segala produk pelancongan, perniagaan, aktiviti atau program yang dianjurkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1805
Kongsi :
Previous post PM Anwar harap perwakilan diplomatik bawa pendekatan lebih segar tarik pelaburan asing
Next post ‘Roti canai terbang’ sajian mata dan selera pelanggan
Ubah saiz-+=