MPHTJ bantu perkasa aspek pendidikan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 28 Februari – Bukan sekadar menyediakan persekitaran yang mampan, sebaliknya Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) turut memainkan peranan dalam memperkasakan aspek pendidikan khusus peringkat prasekolah dan sekolah rendah.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, meskipun tidak agresif seperti agensi atau jabatan lain ia tetap dilaksanakan agar objektif melahirkan modal insan berkualiti serta memiliki keperibadian mulia dapat dicapai.

Bagi mencapai objektif itu Sapiah berkata, MPHTJ menganjurkan program kembali ke sekolah atau ‘back to school’ untuk membantu murid khusus dalam kalangan keluarga B40 dari lima Dewan Udangan Negeri (DUN) dalam kawasan pentadbirannya.

“Kali ini kami menyampaikan bantuan persekolahan kepada 50 orang murid keluarga B40 yang tinggal di kawasan luar bandar. Diharap usaha ini memberikan dorongan atau suntikan semangat kepada penerima untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

“Setiap penerima diberikan beg, peralatan persekolahan dan wang tunai RM50, nilai keseluruhan bagi setiap penerima adalah sebanyak RM150. Selain menyediakan kemudahan demi keselesaan rakyat kami di MPHTJ juga cakna dengan aspek pendidikan.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, kami akan anjurkan program sama Ramadan nanti,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan pada Program Kembali Ke Sekolah 2024 sempena Sambutan Hari Perbandaran MPHTJ Ke-14 di Pentas Melaka Mall, di sini, hari ini.

Sapiah berkata, program seumpama itu mula dilaksanakan sejak 2010 dengan sumbangan diberikan kepada dua penerima bagi setiap keluarga kurang berkemampuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

560
Kongsi :
Previous post Tingkat pemahaman ummah mengenai institusi baitulmal
Next post Sidang DUN Melaka 5 hingga 7 Mac
Ubah saiz-+=