MPHTJ komited siapkan 70 projek untuk rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 25 Oktober – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) komited dalam menyiapkan kesemua projek yang diperoleh pihaknya sepanjang tahun ini.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, untuk tahun 2023 pihaknya menerima sejumlah 70 projek yang perlu dilaksanakan di bawah kawasan pentadbirannya.

Katanya, ia membabitkan beberapa fasiliti untuk rakyat seperti perparitan, kolam takungan dan penyelenggaraan kemudahan awam.

“Untuk kesemua 70 projek ini ia sedang berjalan atau untuk disiapkan dan daripada jumlah itu sebanyak 10 projek sudah siap.

“Manakala bakinya 60 projek lagi dalam usaha untuk disiapkan. Kita akan usaha agar kesemua dapat diselesaikan hingga hujung tahun ini memandangkan kemajuan projek sudah 90 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ Bilangan 9/2023 di Kompleks Melaka Mall.

Menurut Sapiah, selain fokuskan untuk menyiapkan projek, MPHTJ juga giat melaksanakan program kebersihan di seluruh kawasan pentadbirannya.

“Setiap minggu program kebersihan dilaksanakan oleh Jabatan Landskap dan Kesihatan Persekitaran (JLKP) ini bagi memastikan keindahan serta kebersihan dapat dijaga rapi.

“Malah tumpuan juga diberikan kepada penyelesaian aduan supaya dapat diselesaikan dalam tempoh 15 hari,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Sapiah turut mengingatkan warga kerja MPHTJ terus memperkasakan diri dan komited untuk bersama-sama Kerajaan Negeri dalam menjadikan sistem penyampaian pihak berkuasa tempatan lebih berkualiti, berintegriti dan efektif.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

898
Kongsi :
Previous post Capaian 5G Melaka diperluas menjelang akhir tahun
Next post IMAF2023: Perkasa institusi masjid, zakat dan wakaf
Ubah saiz-+=