MPHTJ pergiat kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 15 April – Kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan petang semalam sudah dijalankan syarikat konsensi pembersihan yang terlibat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata, pihaknya sudah meminta syarikat konsensi berkaitan termasuk Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan CMI Infra untuk menjalankan kerja pembersihan di kawasan perumahan dan longkang yang terjejas dengan segera.

“Kita sudah turun dan lihat keadaan banjir yang berlaku dan susulan itu kita juga turut meminta kerja pembersihan dilakukan segera oleh syarikat yang terbabit. Berdasarkan jadual, kerja-kerja pembersihan dilakukan secara berjadual tetapi disebabkan taburan hujan yang lebat ia membawa bersama sampah-sampah ke dalam longkang dan tersumbat.

“Namun begitu bermula malam tadi, kerja pembersihan sampah sudah dilakukan di sekitar kawasan taman dan juga longkang bagi memastikan aliran air dapat berjalan lancar,” katanya.

Menurut Sapiah lagi, satu lawatan ke kawasan pembinaan yang berhampiran lokasi banjir juga dilakukan MPHTJ bagi membuat pemantauan dalam memastikan pemaju mengikut ketetapan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Dalam lawatan tapak di kawasan Gapam kita dapati terdapat ada pembangunan yang baru mula dan hasil pemerhatian pihak MPHTJ meminta pemaju untuk melakukan beberapa penambahbaikan antaranya menaik taraf longkang di kawasan sekeliling dan meletakkan ‘sand bag’.

“Selain itu juga kita turut meminta pemaju untuk membina sebuah lagi kolam tadahan di kawasan pembinaan itu dan kita menerima kerjasama yang baik. Malah pihak pemaju turut membantu membersihkan kediaman penduduk berhampiran yang terjejas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

282
Kongsi :
Previous post Aidilfitri: Kutipan sampah dibuat dua kali sehari – MBMB
Next post Projek naik taraf Bulatan Klebang sudah diluluskan
Ubah saiz-+=