Aidilfitri: Kutipan sampah dibuat dua kali sehari – MBMB

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 15 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melakukan kerja-kerja pengutipan sampah sebanyak dua kali sehari sempena musim perayaan Aidilfitri.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, kerja-kerja kutipan dan pembersihan sampah dilakukan pada setiap jam 12 tengah malam dan 9 pagi.

“Bermula malam mantai sehingga sekarang kita arahkan anggota MBMB dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk pantau kawasan berisiko pembuangan sampah.

“Hasil pemantauan saya sendiri pada malam raya sehingga kini memang terdapat penambahan sampah berbanding hari biasa, justeru itu kita kerapkan jadual kutipan sampah.

“Contohnya di kawasan Banda Hilir, saya dapati masih ada segelintir masyarakat tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati, sedangkan tong sampah ada berdekatan mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Shadan menasihatkan orang ramai supaya mempunyai sikap bertanggungjawab membuang sampah di kawasan sepatutnya bagi menjaga imej Melaka sebagai negeri pelancongan.

“Justeru, saya nasihatkan kepada orang ramai supaya mempunyai kesedaran jangan membuang sampah merata-rata kerana kita telah sediakan tong sampah yang mencukupi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

102
Kongsi :
Previous post Kupang di Port Dickson masih tidak selamat dimakan
Next post MPHTJ pergiat kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir
Ubah saiz-+=