MPHTJ terima lesen guna senjata api, tangani isu haiwan liar

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 18 Oktober – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima lesen menggunakan senjata api daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman bagi menyelesaikan aduan awam membabitkan haiwan liar.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berkata, kelulusan senjata api itu dikeluarkan pada 30 Jun lalu yang memberi hak kepada Pengarah Penguatkuasa serta lima anggota penguatkuasa MPHTJ untuk menggunakannya.

“Anggota kita terdiri daripada Pengarah Penguatkuasa merupakan pemegang Lesen A dan seramai lima lima anggota penguatkuasa sebagai pemegang Lesen B bagi senjata api ini.

“Pihak jabatan berkenaan telahpun membuat pembelian kira-kira tiga laras shotgun, 12 bore dan 300 butir peluru.

“Dengan adanya lesen senjata api ini, kita akan memastikan MPHTJ terus komited menyelesaikan aduan awam berhubung kacau ganggu haiwan liar seperti burung gagak, babi hutan, monyet dan aduan berkaitan haiwan perosak di kawasan Hang Tuah Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ bagi Bulan Oktober 2022 yang dirasmikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan di Ruang Parkir MPHTJ di sini, hari ini.

photo_2022-10-18_12-22-22 (2)
Anggota penguatkuasa MPHTJ melakukan pemusnahan iklan haram Ah Long di Bangunan MPHTJ, Melaka Mall. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama Setiausaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Rohaya Abdullah dan Ketua Whip Ahli MPHTJ, Rosli Md Nor.

Mengulas lanjut, Shadan berkata setakat 30 Jun lalu MPHTJ menerima sejumlah 952 aduan di bawah pelaksanaan Sistem Pengurusan Aduan (SISPAA) Negeri Melaka dan sejumlah 21 aduan menerusi i-Tegur.

“Kesemua aduan ini telah diselesaikan keseluruhan dalam tempoh ditetapkan melibatkan aduan seperti alam sekitar, infrastruktur, pelbagai permasalahan, kegagalan penguatkuasaan, kacau ganggu dan pelbagai aduan harian yang diterima MPHTJ,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2093
Kongsi :
Previous post Sultan Nazrin zahir dukacita ‘pelbagai budaya’, ‘kepelbagaian’ dijadikan senjata dalam perang budaya
Next post Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar – Annuar
Ubah saiz-+=