MPJ galak urusniaga tanpa tunai

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

JASIN 11 Januari – Bermula 1 Januari lalu Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mewajibkan semua peniaga dalam kawasan pentadbirannya untuk mempamerkan kod QR di premis masing-masing bagi menggalakkan urus niaga tanpa tunai.

Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan itu yang penting dalam merealisasikan hasrat menjadikan Jasin sebagai Bandar Pintar.

Rosemanizam berkata, setakat ini arahan itu difokuskan kepada peniaga beroperasi di premis terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada semua termasuk penjaja-penjaja kecil.

“Lebih 3,000 premis perniagaan telah diwajibkan untuk melaksanakan arahan itu bermula 1 Januari lalu. Perlu pamer kod QR dan setakat ini kami mengenal pasti beberapa premis yang enggan berbuat demikian, namun mereka dinasihatkan untuk beri kerjasama dengan mempamerkan kod QR seperti diminta.

“Ramai masih salah anggap, apabila diminta pamer kod QR bukan bermakna tidak boleh lagi melakukan urusniaga secara tunai,” katanya dalam sesi wawancara di Vista Alamanda MPJ, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Rosemanizam berkata pemilik premis perniagaan boleh dikenakan kompaun sekiranya gagal mempamerkan kod QR.

“Setakat ini inisiatif mewajibkan peniaga menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai menggunakan kod QR disambut positif oleh rata-rata peniaga termasuk penjaja.

“Sejak tahun lalu, ramai peniaga termasuk penjaja sudah mempamerkan kod QR dan kaedah itu memudahkan pengguna yang tiada tunai untuk berbelanja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1253
Kongsi :
Previous post Derita dua beradik dirogol bapa tiri durjana
Next post Indahnya seni pantun
Ubah saiz-+=