MPJ terima 209 aduan berkenaan haiwan, ternakan sepanjang 2023

Masa Membaca:56 Saat

JASIN 11 Januari – Sebanyak 209 aduan diterima Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melibatkan haiwan dan ternakan terbiar, burung serta serangga sepanjang tahun lalu.

Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammeed Nalif berkata mengikut pecahan, aduan mengenai haiwan terbiar merekodkan jumlah tertinggi dengan 171 kes.

Katanya, aduan kedua tertinggi melibatkan ternakan terbiar seperti lembu, kambing dan kerbau membabitkan 22 kes, diikuti kucing terbiar (7); ternakan ayam, itik serta angsa (4); gangguan burung (3)  selain serangga (2).

“Daripada jumlah aduan diterima, 202 telah diselesaikan. Sebanyak 57 aduan pula berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 hari selepas pihak kami menerima aduan daripada pengadu.

“Kesemua aduan diterima melibatkan kawasan perumahan, kampung dan agensi korporat,” katanya pada sesi wawancara di Vista Alamanda MPJ, di sini, semalam.

Rosemanizam memaklumkan, statistik kemalangan membabitkan ternakan lembu terbiar di daerah itu juga menunjukkan penurunan sepanjang 2023 hasil operasi dan pemantauan agresif dijalankan pihaknya.

“Tahun 2023 kita merekodkan 24 kemalangan jauh lebih rendah berbanding 53 kes dicatatkan pada 2022. Ini membuktikan langkah dan kaedah digunapakai oleh MPJ dengan kerap mengadakan operasi selain pemakluman kepada penternak lembu untuk menjaga ternakan berhasil,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2015
Kongsi :
Previous post Indahnya seni pantun
Next post Pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa bunuh majikan
Ubah saiz-+=