MT UMNO sokong PM, tetapi dibayangi spekulasi politik – Dira Abu Zahar

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 1 Nov. – Majlis Tertinggi UMNO sepakat membuat keputusan untuk menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun spekulasi politik yang berlaku menunjukkan keadaan sebaliknya, hingga menimbulkan niat tidak baik.

Jelas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Khaidhirah Abu Zahar, sokongan diberikan UMNO kepada Muhyiddin ketika ini dibuat agar keutamaan rakyat ditekankan sebagai agenda utama.

“Dalam seminggu dua ini kita lihat pelbagai spekulasi yang dikeluarkan, ada yang berniat baik dan ada yang berniat tidak baik.

KHAIDHIRAH

“Majlis Tertinggi UMNO mencapai kesepakatan dan kebersamaan dalam membuat keputusan untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan hari ini yang mengutamakan agenda rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi keempat Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2020 di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Pada istiadat itu seramai 298 penerima diberikan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam.

Terdahulu, Khaidhirah menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk bersama 67 penerima lain.

Views:

1129
Kongsi :
Previous post Melaka ‘sunyi’
Next post COVID-19 : Agenda Wilayah Cakna diteruskan
Ubah saiz-+=