
MTA angkat keunikan kebaya
AYER KEROH 12 Oktober – Kisah keunikan kebaya yang menjadi busana dalam kalangan komuniti Baba dan Nyonya sejak 600 tahun lalu dikongsi Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) menerusi Program Kisah Kebaya ‘Evolusi Busana Merentas Sempadan’.
Presiden MTA, Madelina Wey Lee Kuah berkata, penganjuran program selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Oktober itu adalah hasil usaha pihaknya bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka.

“Program ini berlangsung di Kompleks JKKN Melaka, ia merupakan satu festival yang unik kerana memaparkan perjalanan (evolusi) busana kebaya yang menjadi antara bentuk kebudayaan bukan sahaja dalam kalangan komuniti Baba dan Nyonya malah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
“MTA berharap ini menjadi satu daripada inisiatif dalam membina aspirasi terhadap usaha melestarikan busana kebaya,” katanya.
Menurutnya, Program Kisah Kebaya ‘Evolusi Busana Merentas Sempadan’ juga bertujuan mengembalikan kemasyuran busana kebaya sebagai budaya dalam berpakaian yang begitu popular di seluruh gugusan Nusantara.
“Secara tidak langsung juga MTA ingin membantu kerajaan membina satu daripada jaringan produk baharu dalam sektor pelancongan budaya menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM24),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDUDUK SOKONG BINA STRUKTUR TELEKOMUNIKASI, LERAI DILEMA ‘LINE SIPUT’
ASAHAN 9 Januari - Rata-rata penduduk Kampung Jus Permai menyatakan sokongan terhadap pembinaan infrastruktur telekomunikasi yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah...
PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI TIDAK JEJAS NILAI HARTANAH
ASAHAN 9 Januari - Pembinaan menara telekomunikasi di Kampung Jus Permai, di sini, tidak akan menjejaskan nilai hartanah di kawasan...
BACAAN RADIASI RENDAH, STRUKTUR TELEKOMUNIKASI SELAMAT DIBINA DI KAMPUNG JUS PERMAI
ASAHAN 8 Januari - Agensi Nuklear Malaysia mengesahkan bahawa bacaan radiasi elektromagnet di kawasan pembinaan struktur telekomunikasi di sekitar Asahan...
MENARA TELEKOMUNIKASI KAMPUNG JUS PERMAI BERI MANFAAT LEBIH 500 PENDUDUK, TERMASUK PELAJAR IPT
ASAHAN 8 Januari - Pembinaan menara telekomunikasi di Kampung Jus Permai, di sini, amat penting kerana ia dapat meningkatkan liputan...
6 LELAKI DITAHAN KERANA MERUSUH DI MELAKA RAYA, POLIS SANGKAL BERLAKU TEMBAKAN
BANDA HILIR 8 Januari - Enam lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan susulan kejadian merusuh yang berlaku...
MAKMAL DAN INSEKTARIUM PERKUKUH SISTEM KESIHATAN AWAM MELAKA
PENGKALAN BATU 8 Januari - Makmal dan Insektarium Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang dilancarkan semalam menjadi satu pencapaian penting...
