MUFC seri lagi

Masa Membaca:59 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) melakar keputusan seri ketiga berturut-turut selepas terikat tanpa jaringan menentang Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super 2021 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Serangan bertali arus yang direncanakan anak buah Zainal Abidin Hassan gagal diterjemahkan menjadi gol pada separuh pertama permainan.

Peluang keemasan hadir buat skuad MUFC pada minit ke-25 namun disia-siakan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria apabila sepakan longlainya tersasar.

Pada minit ke-38, gawang Melaka United nyaris dirobek menerusi Muhammad Baqiudin Shamsudin yang menerima umpanan Muhammad Fazly Mazlan, namun sepakannya hanya sedikit sahaja memisahkan untuk gol pembukaan malam ini.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan tampak terdesak memburu gol pendahuluan namun beberapa aksi yang dipamerkan gagal membuahkan hasil.

Peluang terbaik MUFC bagaimanapun hadir pada minit ke-71 untuk memburu gol pembukaan namun rembatan deras S Kumaahran hasil hantaran silang Sony Norde sekadar singgah di palang gol.

Malang buat skuad tuan rumah pada peluang terakhir di penghujung babak permainan apabila rembatan Sony Norde pula terkena tiang gol sekali gus mengagalkan misi MUFC untuk memburu mata.

Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Wahab meniupkan wisel penamat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1028
Kongsi :
Previous post The Pan-Malayan Consciousness: Malaysia
Next post Peluang tiga mata disia-siakan
Ubah saiz-+=