Peluang tiga mata disia-siakan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PENGENDALI Melaka United FC (MUFC), Zainal Abidin Hassan sekali lagi meluahkan rasa kesal apabila pasukan kendaliannya gagal memecah rekod seri berturut-turut dalam saingan Liga Super 2021 menentang Sri Pahang 2021 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Beliau bagaimanapun berpuas hati dengan corak persembahan anak buahnya namun beliau harus bekerja keras untuk memburu gol bagi mengutip mata perlawanan.

“Saya kecewa satu sahaja iaitu peluang keemasan yang mereka perolehi amat banyak pada perlawanan kali ini. Jadi ini adalah menjadi tugas saya untuk memperbaiki prestasi pemain bagi menemui sentuhan gol apabila kita berkunjung ke Kuala Terengganu Rabu ini.

“Mungkin kita kurang mendapat peluang seperti hari ini tetapi peluang amat penting kerana gol akan memenangkan perlawanan jadi saya akan tekankan kepada pemain saya supaya lebih tajam di hadapan sebelum berkunjung ke Kuala Terengganu,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Zainal Abidin mengakui kegagalannya menurunkan pemain import Stefan Nikolic akibat kecederaan turut menjadi faktor jentera serangan MUFC tidak berupaya untuk meraih gol.

Bagaimanapun, katanya benteng pertahanan skuad kendaliannya harus diberi pujian kerana mengukuhkan posisi masing-masing bagi menghalang gawang gol daripada ditembusi.

“Memang tidak dinafikan kita kekurangan seorang pemain import yg masih lagi cedera.

“Jika hari ini kita dapat satu gol , tahap keyakinan mereka akan lebih meningkat, namun hari ini kita kerugian dua mata.

“Saya amat berharap bahagian pertahanan dapat menunjukkan prestasi seperti hari ini, cuma peningkatan di bahagian serangan perlu dilakukan,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

450
Kongsi :
Previous post MUFC seri lagi
Next post Sulaiman rasmi Surau Jumaat Ar-Raudhah
Ubah saiz-+=