Sulaiman rasmi Surau Jumaat Ar-Raudhah

Masa Membaca:59 Saat

PAYA RUMPUT 14 Mac. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, pagi ini hadir merasmikan Surau Jumaat Ar-Raudhah, Taman Paya Rumput Perdana, di sini.

Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Hajah Munira M. Yusop tiba di surau berkenaan kira-kira 6.05 pagi dan menunaikan solat Subuh berjemaah yang dipimpin Imam, Ustaz Zairol Aizan Zaidan Al-Hafiz.

Beliau turut mengikuti kuliah subuh dan seterusnya merasmikan dan menurunkan tandatangan di plak rasmi surau berkenaan dan menyampaikan sumbangan kepada jemaah yang hadir.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput merangkap Pengerusi Jawatankuasa NGO, Belia dan Pembangunan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Wira Sazali Muhd Din.

SULAIMAN mengaminkan doa selepas menunaikan solat Subuh berjemaah di Surau Ar-Raudhah.

Kehadirannya di surau berkenaan antara agenda lawatannya ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

Selepas itu, beliau turut meluangkan masa bersarapan dengan masyarakat setempat dan melawat tapak cadangan Sekolah Agama, Taman Paya Rumput Perdana
serta rizab Tadika bagi pembesaran rizab surau.

Lawatannya berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada dua orang asnaf di Zon Kemboja.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1392
Kongsi :
Previous post Peluang tiga mata disia-siakan
Next post Rumah baharu untuk ibu tunggal
Ubah saiz-+=