Mural Lorong Hang Jebat tanda kenangan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 9 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil masa hampir seminggu menyiapkan mural artis terkenal China, Fan Bingbing di Lorong Hang Jebat, di sini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, mural itu dibuat sebagai tanda kenangan kehadiran artis popular antarabangsa itu ke Negeri Melaka.

Katanya, sepanjang tempoh pembikinan mural tersebut, pihaknya menerima reaksi positif daripada peminat Fan Bingbing.

“Mural itu sebagai tanda kenangan bahawa seorang artis popular antarabangsa, Fan Bingbing hadir ke Melaka.

“Suka untuk saya kongsikan, semasa dalam proses pembikinan mural ini, anggota MBMB menerima pelbagai reaksi, antaranya apabila ada peminat bertanya dan ada juga yang beri pandangan sekali gus teruja dan boleh dijadikan lokasi swafoto tanda kenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Perarakan Perahu Naga Melaka 2024 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dataran Persahabatan Malaysia-China, Lorong Hang Jebat, di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut hadir, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

198
Kongsi :
Previous post Melaka mesra pelancong, menggamit pengunjung
Next post Institusi TVET perlu ‘mesra masyarakat’
Ubah saiz-+=