Nabila Razali ajak peminat ‘healing’ di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LUMPUR 15 Julai – Penyanyi dan pelakon popular tanah air, Nabila Razali, mengajak orang ramai mengunakan kesempatan sepanjang Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM2024) untuk meneroka negeri itu yang kaya dengan pelbagai lokasi menarik.

Dia menganggap TMM2024 tidak lama lagi sebagai istimewa kerana keluarganya berasal dari Pulau Sebang di daerah Alor Gajah.

Katanya, setiap kali memenuhi undangan persembahan di Melaka dia akan menggunakan kesempatan yang ada untuk meneroka lokasi menarik baharu termasuk tempat makan sekitar negeri itu.

“Biasanya saya ‘healing’ di Melaka. Antara lokasi kerap menjadi persinggahan saya adalah Free Port A’Famosa dan kedai cendol bakar kerana berhampiran kampung saya, selain kedai menyediakan asam pedas.

“Kalau mahu makan durian juga senang, banyak dijual di tepi jalan,” katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan pada Majlis Pelancaran TMM2024 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, di sini, semalam.

photo1689348187
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan ke gerai pameran sempena Majlis Pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto Iqmal Haqim Rosman

Nabila yang popular dengan lagu Pematah Hati itu berharap TMM2024 berjaya dan mencapai objektif untuk memajukan lagi sektor pelancongan Negeri Melaka.

Menurutnya, TMM2024 adalah masa terbaik untuk bercuti kerana Kerajaan Negeri mengatur pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun, selain itu pemain industri pelancongan juga menawarkan pelbagai pakej menarik untuk dipilih.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1642
Kongsi :
Previous post Strawberi manis dari ‘negeri panas’
Next post Kerajaan Perpaduan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat – PM
Ubah saiz-+=