
Naik taraf rangkaian jalur lebar buat penduduk Melaka
AYER KEROH 22 Julai – Inisiatif menaik taraf rangkaian jalur lebar berasaskan tembaga gentian optik bakal memberi manfaat kepada 42,239 pelanggan dalam tempoh dua tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan perancangan bersama pihak industri bagi mendapatkan polisi dan liputan perkhidmatan di seluruh negara termasuk Melaka.
“Ini untuk memastikan semua kawasan yang berpenduduk mendapat liputan yang secukupnya bagi menghadapi norma baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada hari ketiga ketika membahaskan usul selepas pertanyaan-pertanyaan lisan semasa Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Jelasnya, kerajaan negeri juga mempunyai perancangan bagi pelaksanaan ‘ICT blueprint’ di Negeri Melaka untuk tempoh akan datang.
“ICT blueprint ini adalah secara menyeluruh dengan mengambil kira aspek dan keperluan teknologi untuk rakyat di Negeri Melaka pada masa kini dan akan datang.
“Hala tuju ‘ICT blueprint’ akan diperhalusi melalui seminar Melaka Maju Jaya yang akan diadakan pada 17 dan 18 Ogos depan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
