
Nelayan tidak berdaftar diberi tempoh seminggu
TABOH NANING 18 Jun – Nelayan yang tidak berlesen diberi tempoh seminggu untuk berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Melaka bagi mengelakkan sebarang tindakan ketika berada di perairan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, kesemua mereka digesa berbuat demikian bagi menggelakkan sebarang tindakan termasuk dikenakan kompaun ketika memancing di perairan.
“Mereka boleh datang ke Jabatan Perikanan Melaka di Batu Berendam dan dapatkan borang.
“Saya beri tempoh bermula hari ini hingga minggu hadapan, iaitu seminggu.
“Sebarang permohonan selepas itu tidak akan dilayan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Bicara Santai ‘Membasmi Musuh Tanaman’ di kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Taboh Naning.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latifah Omar.
Jelas Norhizam, setakat ini sebanyak 70 permohonan telah dihantar, manakala permohonan bagi kumpulan kedua akan dihantar pada minggu hadapan.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR KESIDANG: RAKYAT HARGAI INISIATIF PROGRAM SARINGAN KESIHATAN
KESIDANG 12 Jun - Inisiatif saringan kesihatan percuma ditawarkan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
WRUR KESIDANG: MPHTJ BAIK PULIH RUMAH PESAKIT DIALISIS
KESIDANG 11 Jun - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) komited meneruskan hasratnya membantu golongan memerlukan menerusi pelaksanaan program kerja-kerja...
HARI KESIHATAN DUN KESIDANG MERIAH
KESIDANG 11 Jun - Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran orang ramai berhubung kepentingan penjagaan kesihatan,...
KPDN MELAKA TUMPASKAN ‘PORT’ SIMPAN, JUAL DIESEL HARAM
PAYA RUMPUT 11 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya membongkar kegiatan penyelewengan minyak...
JAMU MATA, JAMU SELERA DI KEDAI ROTI CANAI MEZAN
KESIDANG 11 Jun - Bukan sekadar menjamah roti canai sambil menghirup teh tarik panas, malah pelanggan tempatan dan antarabangsa juga...
HOTEL MITC RAI 37 MURID PPKI SK KRUBONG 2
AYER KEROH 11 Jun - MITC Hotel meraikan 37 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi Majlis Sambutan Hari Lahir...
