Tempahan hotel bertaraf lima bintang dan bertaraf tiga orkid meningkat

Masa Membaca:2 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 18 Jun – Peningkatan tempahan hotel direkodkan hampir saban hari, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan minggu lalu.

Berdasarkan pemerhatian Melaka Hari Ini (MHI), dua hotel beroperasi di negeri ini, iaitu Casa Del Rio yang bertaraf lima bintang dan Gill Garden Boutique Hotel yang bertaraf tiga orkid, masing-masing mencatatkan peningkatan peratusan tersendiri.

Menerusi tinjauan, kedua hotel berkenaan mendapat tempahan memberangsangkan, bahkan sebahagiannya mencatatkan peningkatan mendadak.

Menurut Pengurus Hotel Gill Garden, Mohd Huzaidy Adnan, hotelnya merekodkan hampir 50 peratus tempahan sepanjang tempoh terbabit.

Menurutnya, tempahan yang diterima hotel itu tidak dijangka dan berpendapat ia berkemungkinan berpunca dari promosi penurunan harga yang dilaksanakan.

“Kami menawarkan potongan harga yang sangat rendah kepada pengunjung kerana disebabkan telah menerima bantuan di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diberikan kerajaan.

“Dari bantuan itu dapatlah kami menampung dan menurunkan harga ditawarkan pada pengunjung,” katanya ketika dihubungi MHI.

Sementara itu, Pengurus Hotel Casa del Rio berkata, pihaknya turut menerima peningkatan tempahan sejak PKPP diumumkan.

Bagaimanapun katanya, ia tidak terlalu menggalakkan.

Ujarnya, trek rekod tempahan hotel pada Jumaat lalu mencatatkan 16 peratus peningkatan, diikuti 36 peratus peningkatan pada Sabtu dan lima peratus dicatatkan pada Ahad lalu, berbanding bulan-bulan sebelumnya.

“Bagi mempromosikan hotel ini agar mampu menarik pengunjung, pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk mendaftar dengan aplikasi Melaka eXcess sebagai medium pemasaran terbaharu bagi pemain industri negeri ini.

“Malah strategi seperti bekerjasama dengan Bahagian Pelancongan Melaka dan Melaka River Cruise (MRC) dipertingkatkan selain menawarkan pakej penginapan serendah RM363 sehari,” katanya.

Pada masa sama, kedua agensi perhotelan itu mendapati turut melaksanakan kaedah keselamatan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Menurut Michael, SOP yang menekankan kaedah 3C iaitu ‘Care, Clean and Comply’ diterapkan pada pengurusan hotel itu.

Malah jelasnya, kaedah proses daftar masuk akan dilakukan di dalam bilik secara peribadi bagi mengelakkan ramai pengunjung berkumpul dalam satu masa di lobi hotel.

“Bagi sarapan pagi, pihak pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan sarapan pagi secara set mengikut masa yang di pilih oleh pengunjung,” katanya.

Sementara itu, Mohd Huzaidy menerapkan pemantauan secara terus di hotelnya bagi memberi penekanan kepada pengunjung yang menginap lebih satu malam dengan perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

“Kepada tetamu tersebut mereka perlu datang ke kaunter pada setiap pagi bagi merekodkan pemeriksaan suhu badan dan sanitasi berdasarkan SOP yang dibenarkan.

“Malah, setiap kali pengunjung yang mendaftar keluar dari hotel ini, kaedah sanitasi semburan bagi menyahkuman setiap bilik dan setiap linen digunakan akan terus dihantar ke pusat pembersihan,” katanya.

Views:

791
Kongsi :
Previous post Mahathir, Mukriz and four others fail to maintain status quo in Bersatu
Next post Nelayan tidak berdaftar diberi tempoh seminggu
Ubah saiz-+=