Nikmat rai Aidilfitri di rumah baharu

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER LIMAU 7 April – Gelak tawa, cucu dan anak-anak 1 Syawal ini pasti lebih bermakna bagi Sete Rohkeah Karim, 69, dan suami Ismail Abdullah, 73, bakal menyambut Aidilfitri di ‘syurga’ baharu mereka.

Sete Rohkeah antara lima penerima bantuan rumah percuma menerusi inisiatif Rumah Prihatin dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Limau.

Warga emas ini berkata, kerana inginkan kediaman selesa ia memohon bantuan itu pada 2019, namun berdepan pelbagai permasalahan yang membantutkan impiannya itu.

“Alhamdulillah tahun lalu kami mendapat khabar gembira selepas permohonan diluluskan, sekarang semuanya jadi kenyataan, rumah idaman sudah ada di depan mata, syukur.

“Kediaman baharu ini juga akan memudahkan anak-anak menjaga kami. Pada usia begini kami kerap diuji dengan pelbagai dugaan. Suami saya juga mengalami masalah jantung,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Ramuan China Kechil, di sini, semalam.

WhatsApp Image 2023-04-07 at 12.24.20 PM (2)
SETE Rohkeah bersama suami dan menantu Hasnawati Samin, 37, di depan kediaman baharu mereka yang lebih selesa.

Terdahulu, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam, dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Rumah Prihatin Dun Ayer Limau Daerah Alor Gajah kepada lima penerima di DUN berkenaan, semalam.

Selain replika kunci sebagai simbolik penyerahan rumah Hameed, turut menyampaikan kit makanan, peralatan dapur dan barangan elektrik kepada penerima.

Sementara itu Ismail pula berkongsi perasaan tidak sabar dan teruja untuk melihat gelagat serta gelak tawa cucu pada pagi 1 Syawal nanti.

Ismail bersyukur dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana melaksanakan inisiatif yang amat memberikan manfaat kepada golongan kurang berkemampuan sepertinya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1301
Kongsi :
Previous post Kaji semula projek RTB tertangguh
Next post PETRONAS agih peralatan perubatan di Zon Selatan
Ubah saiz-+=