Nikmati ‘Talam kayangan’ harga marhaen di The Hidden Via Sanji

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

KOTA LAKSAMANA 22 April – Buat mereka yang ingin menikmati rasa nasi beriani yang mewah disertakan dengan pelbagai hidangan ayam, kambing dan daging dalam satu talam bolehlah singgah ke restoran The Hidden Via Sanji.

Restoran yang berkonsepkan ala barat yang tersembunyi ini turut menyajikan pakej hidangan Talam Kayangan dengan harga RM99 untuk empat orang dalam satu hidangan.

Pemilik restoran, To Chin Swee, 34, berkata konsep Talam Kayangan dengan harga marhaen itu adalah untuk membolehkan semua golongan merasai makanan tersebut hanya di The Hidden Via Sanji sahaja.

NASI Beriani Pakistan antara hidangan dalam Talam Kayangan

Katanya, ramai risau dan berfikr panjang untuk melangkah masuk ke restorannya kerana risau terpaksa mengeluarkan modal tebal.

“Kami menyajikan hidangan makan malam atau berbuka puasa di sini, saya beri jaminan sangat berbaloi selain harga semua makanan berpatutan.

“Pengunjung akan disajikan dengan Nasi Beriani Pakistan, Kambing Bakar ‘Homemade BBQ’, Ayam ‘Butter Milk’, Ayam ‘Smoke’ Kurma setengah ekor dan daging bakar ‘Homemade BBQ’.

“Untuk set talam ini juga, pencuci mulut Kek Signature Tiramisu turut dihidangkan bersama air Teh Ais Lemon yang boleh diisi semula,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Chin Swee berkata Talam Kayangan diberi nama kerana mustahil untuk menikmati hidangan mewah itu dengan harga yang tidak masuk akal.

Restoran ini turut menjual pelbagai variasi kek sebagai pemanis mulut selain makanan berkonsepkan barat dan makanan tempatan.

Buat anda yang suka bergambar dan gemar dengan tema retro ala-ala 80-an, setiap sudut dalam restoran ini sangat sesuai untuk kaki foto mengabdikan kenangan di sini.

Jika anda ingin singgah dan bersantai di restoran ini, operasinya adalah dari jam 12 tengahari hingga 10 malam setiap hari kecuali Isnin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1518
Kongsi :
Previous post Tajuk-Tajuk Utama Akhbar: Jumaat 22 April 2022
Next post Guru rugi RM45,000 diperdaya pelaburan menerusi Telegram
Ubah saiz-+=