Nyanyian ‘pak guard’ cetus viral

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BACHANG 22 Jun – Pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberikan memberikan pelbagai impak terhadap keseluruhan sistem masyarakat.

Tatkala, sebahagian masyarakat menganggapnya sebagai malapetaka, sebahagian yang lain mula melihatnya sebagai peluang untuk menonjolkan diri dan adakalanya, peluang itu datang tanpa disangka.

Begitu juga buat, Akmal Ramdan, 23, yang viral baru-baru ini, selepas aksi bersahajanya menyanyi, sambil mengambil suhu badan pengunjung ketika bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah pusat membeli-belah di Bachang, viral di media sosial.

Gelagatnya menjadi tontonan ramai apabila satu rakaman dikongsi oleh rakannya, dikenali Zarulgriezmann di Instagram, ditonton lebih 480,000 pengikut.

Lapor Berita Harian, jumlah tontonan rakaman itu kemudiannya bertambah 400,000 lagi pengikut apabila pelawak terkenal, ‘Ache Boche’ turut berkongsi di media sosial, sekali gus bakal mengapai satu juta tontonan.

Fenomena Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, turut meletakkan Akmal terus dikenali, termasuk tontonan menerusi YouTube di Indonesia yang kini ditonton lebih 40,000 warga negara berkenaan.

Akmal berkata, dia menghibur orang ramai yang ingin masuk membeli-belah dengan caranya sendiri, sekali gus menceriakan mereka yang berada di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka tindakannya menjadi viral dan disukai orang ramai sehingga ada ‘peminat’ dari Kuala Lumpur yang datang ke situ, semata-mata mahu melihat karenahnya.

“Saya hanya menimbulkan kelainan sahaja, tambahan situasi kebimbangan orang ramai berkaitan pandemik Covid-19 mendorong saya untuk menceriakan mereka.

“Ramai tersenyum, gembira dan teruja, malah ada yang merakamkan gambar kenangan bersama saya, selain ada yang mengambil video untuk simpanan peribadi,” katanya yang berasal dari Bukit Beruang di sini.

Views:

530
Kongsi :
Previous post CEO MHI kunjung hormat Datuk Bandar MBMB
Next post Jangan alpa kelonggaran diberikan kerajaan
Ubah saiz-+=