Onn Hafiz Menteri Besar Johor ke-19

Masa Membaca:49 Saat

JOHOR BAHRU 15 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor ke-19 hari ini.

Istiadat angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Menghadap Istana Bukit Serene.

Perkara itu turut dikongsikan Sultan Ibrahim dalam catatan Facebook miliknya hari ini.

Berangkat sama menyaksikan istiadat berkenaan, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Onn, 44 menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor di istana berkenaan.

Beliau sebelum ini pernah memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor dan aktif dalam pergerakan generasi muda.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu lalu, BN meraih kemenangan besar dengan mencatatkan kejayaan dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1419
Kongsi :
Previous post Setiap cabaran pasti ada kemanisan di penghujung
Next post Sasar 2,000 peranti AED dipasang di Melaka – MDDNM
Ubah saiz-+=